2010年8月2日星期一

Air hujan secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan oleh air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh permintaan dalam bidang industri maka penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fosil dibakar secara berleluasa. Pembakaran bahan api fosil ini akan menghasilkan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Gas-gas ini apabila bergabung dengan air hujan akan menghasilkan hujan asid.

Apakah yang dikatakan sebagai hujan asid...?
Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14; pH kurang daripada 7 adalah berasid manakala pH yang nilainya lebih daripada 7 adalah beralkali dan pH 7 adalah bersifat neutral. Biasanya, air hujan yang bersih adalah bernilai di antara pH 5.6 - 6.0. Air hujan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5.6 adalah dianggap berasid.




Punca-punca Hujan Asid
Kejadian hujan asid boleh berpunca daripada aktiviti manusia atau pun berlaku secara semula jadi

Punca daripada kegiatan manusia

  1. Kegiatan industri : menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.
  2. Proses peleburan bijih timah : peleburan yang banyak akan membebaskan gas sulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.
  3. Aktiviti sistem pengangkutan : asap ekzos membebaskan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida semasa pembakaran pada suhu tinggi di silinder kereta.
  4. Kegiatan pertanian : penggunaan baja nitrogen akan menghasilkan gas nitrogen, pembakaran terbuka bungkusan plastik baja dan sisa kayu membebaskan sulfur dioksida dan pereputan najis lembu akan membebaskan gas metana dan oksida nitrus menyebabkan hujan asid nitrik.

没有评论:

发表评论